Pelik, sungguh pelik sikap netizen kenapa isu Neelofa meredah daerah atau negeri menjadi sebutan ramai, sedangkan dia bukan ahli politik yang meletakkan hukuman pada anda serta bukan menyusahkan kehidupan anda, malah bukan yang mengarahkan anda tidak boleh berbuat itu dan ini.
![]() |
Neelofa, artis pendakwah bebas |
Kita boleh andaikan Neelofa seorang yang cekal dan tidak takut pada masalah yang melanda negara semasa, iaitu pandemik "Covid19" dan boleh diandaikan dia bertawakkal, demi urusan kerjanya.
Masyarakat hanya membuat tomahan, mungkin itu sudah menjadi sikap negatif dikalangan setengah masyarakat, sifat dengki atau iri hati.
jika tidak mempunyai sikap tersebut, kenapa kita harus menyalahkan Neelofa atau rasa tidak senang dengan sikapnya yang meredah kesana ke sini?
Dia seorang yang banyak duit, banyak harta, kalau disaman dia bayar! Jadi apa masalah kita? Penyebab ramai netizen yang tidak senang dengan sikap Neelofa mungkin, iri hati dia boleh kesana kesini sedangkan kita disekat oleh ahli ahli yang berkuasa.
Neelofa juga disekat, namun dia pandai dan bijak menggunakan akal, dan pasti hendak dirisaukan? kena saman? kena amaran? Bayar sahaja, bukankah negara memerlukan wang ringgit sebenarnya!!!!.
Kemarahan netizen terhadap Neelofa, bukan sahaja dengan kata kata maki serta herdik, malah ramai sudah keluar dari menjadi "follower" "Instagram, Twitter, FB" dan adakah itu menjadi hati anda merasa senang? Jawapannya, Tidak, kerana masyarakat masih lagi menyimpan rasa iri hati , dendam, benci dan sebagainya. Persoalannya, Kenapa?.
Sebagai kata penutup, masyarakat sebenarnya tidak tahu kenapa dan mengapa, cuma tahu berkata kata dan membuat tohmahan sahaja itu ini dan begitu.
Share in Whatsapp/Available for Smart Phone Only
Hollywood Movie
Film & Media
Great News