Keindahan Kota Dublin

Dublin yang terletak di Negara Republic Of Ireland, negaranya kecil sahaja berbanding dengan Kota London yang jauh lebih besar.


Tak ada banyak perbezaan antara Kota Dublin dan London mengikut dari segi iklim cuaca, akan tetapi jika anda sukakan musim "Summer" maka Kota London ialah yang menepati citarasa anda, dan bagi yang sukakan suasana yang tenteram iaitu musim bunga dan luruh maka Kota Dublin adalah pilihan.
Kota Dublin "simple" sahaja, jarang jarang bangunan yang tinggi terdapat di Ibu Kota ini, kebanyakan bangunannya sungguh antik dan unik, bermalam di Kota ini cukup menarik dan romantik bagi yang sukakan keadaaan cuaca yang dingin, kadangkala angin bertiup tak henti henti, sebab itu Kota ini  digelar sebagai "Windy Country", kerana tiupan angin selalu meghembus tak kira di daerah mana anda berada.

Waktu yang paling menarik melawat Kota Dublin ialah disebelah petang tatkala selepas waktu asar dan sebelum isyak. Walaupun kotanya kecil akan tetapi ia cukup mempesona, dengan susunan bangunan, restorant, bar dan kedai kedai runcit yang cukup simple dan cantik. Grafton Street ialah tarikan utama pelancong, kerana disini juga berlansungnya "pemuzik jalanan" yang akan menghiburkan anda, sambil meneguk secawan kopi panas di tepi jalan.


Manakala "Temple Bar" ialah yang paling popular dalam banyak banyak "Street Bar" di Kota Dublin, yang mana orang ramai tak putus putus mengunjungi. Anda pasti akan perasan bahawa penduduk tempatan disini menghiasi rumah atau kedai kedai dengan menanam bungaan yang cantik hampir disetiap sudut kaki lima.

Kedinginan Kota Dublin cukup menyegarkan, kadangkala suasana sejuk akan meresapi ke tulang temulang anda, bagi yang gemar kepada iklim dingin maka Dublin adalah pilihan yang tepat, rakyatnya cukup bersopan santun apabila bercakap dengan orang luar seperti pengembara atau "bhackpacker". dari segi pakaian mereka lebih suka mengenakan jean bersama jaket kulit, samada bagi wanita mahupun pihak lelaki. Kehidupan mereka juga simple, jarang jarang mereka mengenakan pakaian ala ala "Super Model". 

Penduduk di sini gemar menggunakan basikal untuk bersiar siar atau untuk ke kota membeli keperluan dapur, serta cukup dengan menggunakan bas sahaja. Keunikan lain yang menarik perhatian seperti taman taman serta padang rumput yang luas terbentang, jika anda inginkan suasana kampung, eloklah meluangkan masa melawat kota kota lain seperti "Wicklow" Limerick" "Donegal".dan banyak lagi tempat tempat "Countryside" yang indah dan harmoni, sejuk mata memandang, betapa indahnya bumi Ireland.


  Birmingham City
Great News
Categories:

Film & Media

Similar Movies

Film & Media