Kesilapan Besar Cara Anda Bergaya

Tak dapat dinafikan, semua orang ingin tampil dengan segak bergaya bagi kaum lelaki dan muncul sexy dan menawan bagi kaum wanita.


Tetapi rata rata mereka tidak pandai menggunakan masa serta mencari corak pakaian mengikut susasana dan yang sepadan atau sesuai dengan badan. Perkara sebegini biasanya terjadi dari kalangan masyarakat Malaysia mahupun di Indonesia, bahkan di negara negara di rantau asia yang lain.

"Inginkan Fashion yang baik serta cantik, sila ikuti Fashion dari Dolce & Gabbana sebagai contoh." Seperti photo di bawah.
Filmadia 
Bab kata "pepatah" 'memakai baju biarlah mengukur badan'. Akan tetapi pepatah itu tidak diguna lagi, maka disebabkan masalah ini, ramai yang tidak mengambil berat, tapi dalam masa yang sama ingin dipandang manis dan cantik serta bergaya.

"Inginkan Fashion yang baik serta cantik, sila ikuti Fashion dari Dolce & Gabbana sebagai contoh."seperti photo di bawah.
Filmadia 
Apa yang dikatakan memakai baju biarlah mengukur badan iaitu,  memberi pengertian yang luas, dan dari sudut pakaian iaitu, kita harus memakai pakaian yang sesuai dengan badan, seperti saiz, ketinggian anda, berat badan juga perlu diambil kira, dan juga iklim semasa.

Saiz- harus sepadan dengan ukuran badan, seperti ketinggian, 
Iklim- corak dan bentuk "design" harus bersesuaian dengan waktu atau cuaca semasa (Iklim).
Dalam dunia yang serba modern, dan pereka fesyen (fashion) berlumba lumba menghasilkan produk pakaian yang cantik dan elok dipakai serta tampak bergaya, justeru itu kita harus pandai menilai. Tetapi tidak bagi kalangan masyarakat Malaysia khususnya, mereka hanya berpandukan kepada putaran "style" terkini. maka terjadilah ada yang memakai seluar diatas punggung, ada yang memakai seluar ketat dikaki dan bermacam cara pelik dan janggal akhir-akhir ini.

Contoh yang mudah- pasti ramai dikalangan masyarakat tempatan melihat ada yang mengenakan pakaian "coat" serta bertali leher berjalan di tengah panas terik matahari, ditambah pula suasana panas bahang enjin kenderaan ditepi jalan raya. Itu ialah kesilapan terbesar cara anda bergaya.


Video By Dolce & Gabbana
Dalam mengenakan fesyen- anda tak perlu meniru "Model Model" "Run Away", kerana itu hanyalah pertunjukan "fashion" pakaian dimana ia sebenarnya ditujukan kepada anda bahawa pilihan yang ditonjolkan adalah untuk penilaian, kesesuaian mengikut iklim, waktu.

Sungguh pelik kalangan masyarakat di Malaysia, mengenakan baju yang "bling-bling" mempunyai batu permata dan berjalan di tengah panas terik, silau matahari dan pantulan permata baju akan menyakitkan mata orang yang memandang, malah anda sendiri akan berasa panas setelah penyerapan bahang panas terkena kulit badan, secara tak lansung ia membuat anda tidak selesa, bila perkara ini berlaku, aura wajah anda juga berubah. Sekaligus tidak nampak penampilan yang bergaya.

Setengah kaum wanita suka memakai "kasut tumit tinggi" yang setinggi 6inci,  dan berjalan megah umpama model terkenal dunia, tapi menahan sakit dan lengah di kaki kerana ingin bergaya, tapi mereka lupa, perasaan itu sebenarnya akan muncul diraut wajah anda, maka dimana keterampilan anda bergaya? Tahukan anda ahli "Run Away" akan mencabut kasut tumit tinggi masing masing setelah tamat membuat "cat walk" dan simpan kasut tersebut dalam kereta, umpamanya. Wanita wanita yang bijak biasanya dia memakai kasut tumit tinggi hanyalah untuk menghadiri satu pertunjukan, party dan sebagainya yang mana ianya tidak mengambil masa yang lama.

Kesilapan yang lain dalam bergaya- iaitu masalah berat badan, ini lagi pelik dan tak masuk akal, sebagai contoh, anda mempunyai masalah kegemukan dan memakai seluar yang ketat, penulis tak dapat bayangkan bagaimana bentuk tubuh anda bergerak dan berjalan ditengah panas terik serta ditambah pula dengan memakai kasut tumit tinggi...!!


 
  Be Fashionable
Great News
Categories:

Film & Media

Similar Movies

Film & Media