Keunikan Kota Birmingham

Kota Birmingham- ialah termasuk dalam golongan Kota yang terbesar di United Kingdom, dibandar ini terdapat beberapa University Antarabangsa, serta "University Art Of Design". Penulis pernah berada disini pada beberapa tahun yang lepas.



  Keindahan langskap bandaraya Birmingham cukup mempesona, udara yang bertiup sungguh lembut, kehijauan alam meredakan mata yang penat. Tatkala pagi menjelma suara beburung berkicau di pagar serta bisikan merpati di Chapel tua.

Kelembutan cahaya yang bersinar cukup memberi ilham kepada pengembara, jika anda melawat Kota Birmingham jangan lupa singgah di Birmingham canal.

Di sinilah terletaknya "Cafe Bobby Brown" iaitu suami kepada mendiang "Whitney Houston" "Celebrity" Hollywood yang popular dengan lagu "I Will Always Love You dan I have Nothing".

Jarak sempadan bumi Birmingham mengambil masa kira kira sejam untuk sampai di sempadan Negara Scotland, yang mana terkenal dengan keunikan reka bentuk tanah yang landai serta penuh kehujauan dan bersejarah.

Tak terasa penat kaki melangkah melihat Kota Birmingham, yang dipenuhi "Gallery" cafe, serta "Street Show" atau Busker. Waktu malam adalah waktu yang paling ideal untuk melawat Birmingham Canal, sambil meneguk secawan kopi yang mana disekelilingnya dihiasi lampu lampu jalan yang suram, sedang angin bertiup lembut, hingga terasa di tulang sum-sum.

Anda tak akan kesunyian walaupun bersendirian di Kota ini, kerana hati anda akan memerhatikan gerak geri orang ramai yang lalu lalang sambil mendengar muzik tempo di cafe cafe yang mengasikkan.  Tak perlu bagi anda untuk menyewa kenderaan kerana di sini terdapat banyak pengakutan awam yang teratur, termasuk keselamatan umum. Kerugian akan terasa jika anda bersiar siar di Kota Birmingham mengguna kenderaan, kerana anda pasti akan terlepas dan juga menghayati kota yang indah ini.

Musim yang paling baik untuk anda melancong ke "Kota Birmingham" ialah ketika musim "Bunga, Summer dan Spring". Ketika musim bunga tiba, bumi Birmingham akan dipenuhi dengan pelbagai bunga bunga yang tumbuh, seperti bunga Tulip dan lain lain.

Suasana didinihari akan kelihatan kabus kabus memutih di lereng bukit yang kecil dan sesekali kedengaran  salakan anjing, sepi dan tenteram akan menusuk kedalam jiwa anda. Tatakala mentari terbit akan kedengan beburung liar bersiul sambil memetik berry dan beberapa ekor arnab liar akan berkeliaran dipadang rumput.

Dari Kota Birmingham anda boleh menggunakan keretapi menuju ke Kota London yang mana perjalanannya melalui liku liku dan melewati perkampungan serta bandar bandar kecil lain, disamping itu akan boleh berhenti di "Kota Nothing Hill" iaitu tempat "Julia Robert" pelakon popular. 

  LIBUR BERSAMA
Great News
Categories:

Film & Media

Similar Movies

Film & Media

0 comments:

Film & Media Facebook Comment

Ajukan Komen Anda Di Sini - Sekiranya Mengguna Blogger/Google!!!