Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar Si Suami Meroyan

Seorang pekerja sebagai pemandu teksi di Johor Bharu naik minyak dan meroyan tak tentu pasal bila isteri ke-2nya "meminta cerai".


Dalam kejadian si suami tanpa berfikir panjang lalu megambil rotan dan memukul anak perempuannya yang berumur sembilan tahun serta memukul kepala isteri sebanyak 3 dengan menggunakan senaskah Al-Qur'an.

Selepas siasatan lanjut ke atas suspek, ini ialah kejadian ke-2 dia mengamuk dan memukul anak perempuannya.

Dalam kontek ini, si suami tak perlu bertindak keterlaluan tanpa memikirkan keselamatan orangb sekelilingnya, akan tetapi ia harus mengkaji, kelemahan dirinya dan tak perlu menjadi Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar", gara gara sakit hati mendengar ucapan isteri ke-2 meminta izin untuk bercerai. Mungkin penceraian itu adalah yang sebaiknya untuk pihak isteri ke-2.

Ramai lelaki yang ingin memperisteri melebihi dari 2, akan tetapi adakah anda mampu memberi nafkah hidup hanya bekerja sebagai pemandu teksi?, dalam keadaan ekonomi Malaysia yang sentiasa kecundang serta ditambvah dengan semua sara hidup termasuk barangan dapur tinggi melambung?.

Kemampuan bagi si suami untuk berkahwin 2 bukan sekadar kekuatan jasmani tetapi ia perlu diambil kira tentang kemampuan anda menyara hidup, memberi nafkah isteri, anak dan keperluan lain.


  Jangan Salahkan Nyamuk
Great News
Categories:

Film & Media

Similar Movies

Film & Media

0 comments:

Film & Media Facebook Comment

Ajukan Komen Anda Di Sini - Sekiranya Mengguna Blogger/Google!!!