Dunia, artis Malaysia umpama "Matahari Senja", suara entah kemana lirik lagu menghilang, begitulah dunia hiburan termasuk perfileman di tanah Air Malaysia.
Begitu jua dengan penonton serta peminat hiburan, hanya berpandukan wajah muka artis mereka, janji cantik, lawa, hendsome maka dibelainya dengan mesra. Itu adalah satu kesilapan dan penyebab "Celebrity Malaysia Muncul Dan Tenggelam".
Sudah menjadi adab juga bagi kalangan artis dan penghibur Tanah Air Malaysia, bila dijulang penonton, maka muncul pula sifat ego dan lupa diri. Suara entah kemana, ditambah pula raut wajah hanyalah biasa, maka tenggelamlah mereka tanpa jawapan sehingga sekarang.
Tapi tidak bagi "Celebrity Siti Nurhaliza" dia pandai menjaga maruah, dia bijak menonjolkan diri di khalayak ramai, dan pandai menjaga perwatakan sebagai seorang Melayu, walau lagunya tidaklah semua "hit" namun begitu dia (Siti Norhaliza) tetap menjadi "Idol" dikalangan peminat seni Tanah Air Malaysia ada;lah kerana sifat sopan santum yang ditonjolkan dengan menutup aurat kepala amat menarik perhatian masyarakat golongan peminat seni.
Video "Jeritan Batinku P. Ramlee
"Celebrity" yang sentiasa menjadi ingatan bagi peminat ialah "Allahyarham P. Ramlee". Dia dikenang, disanjung sepanjang hayat, Kekuatan beliau ialah mempunyai suara yang amat merdu, pandai berlakon, pandai berlawak jenaka, walaupon wajahnya tidaklah se-hendsome "Tom Cruise" namun peminat seni Tanah Air tidak memandang pada wajah artis kesayangannya, sebaliknya menilai dari kebolehan, serta sifat kemelayuan.
Film- P. Ramlee tidak pernah dicemuh masyarakat, serta tidak pernah merasa bosan walau menontoninya berkali kali dan ia sentiasa mengusik hati peminat.
Celebrity Malaysia Muncul Dan Tenggelam

0 comments:
Film & Media Facebook Comment
Ajukan Komen Anda Di Sini - Sekiranya Mengguna Blogger/Google!!!