Pelakon Aaron Aziz Kena Tipu


Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz telah termakan dengan tipu daya oleh sindiket "penipuan" atau "Scammer".


Dia melahirkan rasa kecewa dan marah apabila telah menjadi mangsa oleh sindiket "Scammer" yang sekarang ini berleluasa di Malaysia khususnya. Difahamkan sindiket tersebut yang menggunakan foto kanak-kanak sebagai tarikan utama yang mana kanak kanak tersebut didalam keadaan kesusahan dan memerlukan perhatian iaitu dalam bentuk kewangan.

Tipu helah itu membuatkan  Datuk Aaron Aziz telah terpedaya dengan mudah, dalam kontek ini telah terbukti bahawa Datuk Aaron Aziz mempunyai sifat seorang yang penyayang dan kasih. Namun begitu tidaklah wajar bagi sindiket tersebut mengambil kesempatan untuk kepentingan diri.

Mengikut keterangan Aaron Aziz foto kanak kanak tersebut diambil dari laman social facebook "Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia". Lalu dia telah membuat membuat laporan polis dan siasatan lanjut akan dilakukan. 

Dalam pada masa yang sama datuk Aziz Aziz meminta kepada individu yang sudah membuat sumbangan kepada akaun peribadi "Scammer" tersebut agar turut serta membuat laporan polis untuk membanteras kegiatan sindiket penipuan di masa hadapan, jelasnya.

Bagaimana pon Datuk Aaron Aziz tidak menjelaskan berapakah sumbangan darinya, akan tetapi dia terasa amat marah kerana mengambil kesempatan diatas keprihatinanya dengan menipu yang mana mempergunakan gambar kanak kanak sebagai helah.


By Aaron Aramis
Great News
Categories:

Film & Media

Similar Movies

Film & Media

0 comments:

Film & Media Facebook Comment

Ajukan Komen Anda Di Sini - Sekiranya Mengguna Blogger/Google!!!