Film Terbaru arahan Ahmad Razuri dan Adam Amiruddin serta pengarah Syed Nirfaiz Khalid Syed Ibrahim ini berkisarkan;
Tentang susara kembar iaitu "Ipin dan Upin" berserta rakan-rakan mereka iaitu Mail, Jarjit, Mei Ehsan dan Susanti. Tugasan mereka untuk menyelamatkan kerajaan Inderaloka yang jahat serta mempunyai kuasa yang hebat dari Raja Bersiong.Kisah ini bermula setelah Upin Dan Ipin serta rakan-rakan mereka tersepak sebilah Keris Ajaib yang mana membawa mereka ke alam Kerajaan.
Ketika mereka cuba mencari jalan pulang ia diberikan tugas untuk memulihkan kembali konsep kerajaan serta kemuliaan raja raja dan mantanya. Sebelum itu mereka harus dapat mengatasi halangan sebelum mencapai kejayaan.
Film Upin Dan Ipin Keria Siamang Tunggal Trailer By: Les' Copaque Production
Film ini mendapat score 8.8 dalam IMDb adalah satu score persendirian kerana amat mustahil ia berada dalam ranking yang tinggi dalam IMDb hanya satu critic!.
Namun begitu ia tiada halangan jika film Upin Dan Ipin mendapat score yang tinggi seandainya ramai peminat film membuat undian. Film ini dikatakan berada dalam ranting tertinggi dalam sejarah perfileman negara selepas film "Paskal" mendapat undian yang tinggi dalam laman web film "IMDb".Dialogue Betul Betul Betui, menjadikan siulan kanak kanak sejak bermulanya film Upin Dan Ipin!.
Dari segi "dialogue" dan jalan cerita memang tidak dapat dinafikan ia amat membanggakan akan tetapi dalam segi "cinematography" masih banyak perlu diperbetulkan agar pergerakan gambar tampak lembut serta natural.
Dalam carta "Golden Screen Cinema" (GSC) film Upin Dan Ipin telah mengalahkan film terbaru keluaran Walt Disney iaitu film "Dumbo".
Dumbo Official Trailer by Walt Disney
Selepas kejayaan film ini di Malaysia serta Brunei dan Singapura, film Upin Dan Ipin bakal memasuki panggung di Indonesia dan negara Vietnam.
Filem Tempatan : Misteri Dilaila
