Gara gara si suami bersikap biadap telah menghancurkan Bulan madu bersama Isterinya di Mesir, kerana Michael Cunnett, si suami telah menumbuk 2 pramugara yang bertugas dalam jadual penerbangan ke Mesir kerana dia disuruh berhenti vape atau sejenis rokok elektronik di dalam pesawat "Easyjet".
Justeru itu pihak polis telah mengeluarkan Connett dari penerbangan serta dia (pesalah) turut menghina kakitangan polis yang bertugas serta menanduk atau menghentak kepala pada palang pemisah kereta sehingga jatuh pengsan.
Sebelum kejadian, iaitu pada 9 february lepas, Michael Connett, yang berumur 38tahun berasal dari Epsom telah meminum sekurang kurangnya empat gelas arak sebelum menaiki pesawat easyjet di lapangan terbang Gatwick, London, Jelas Pendakwa Raya Ryan Richter.
Susulan dari kejadian itu, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh bulan terhadap Connett serta diarahkan membayar pampasan sebanyak 500 pound sterling kepada mangsa, (Pramugara). Manakala Hakim David Rennie berpendapat bahawa Michael Connett telah bersikap kebudakan dan menggambarkan perangai buruknya setelah meminum arak dan melakukan keganasan.
0 comments:
Film & Media Facebook Comment
Ajukan Komen Anda Di Sini - Sekiranya Mengguna Blogger/Google!!!