Film's Terbaru Men In Black - International 2019 keluaran "Sony Pictures Entertainment" ada peminat mengatakan bahawa ia lebih bagus dari MIB yang sebelumnya, namun begitu ada juga yang mengatakan bahawa ia tidak sehebat MIB yang terdahulu.
Kesimpulannya, ia mempunyai kelebihan masing masing dari segi dialog serta "background effect", sistem bunyian, maka MIB 2019 lebih bagus kalau dibandingkan dengan MID yang terdahulu dari segi teknologi kemodenan multimedia.![]() |
MIB International 2019 |
Tetapi filem terbaru MIB 2019, agak tawar sebenarnya kerana ia banyak adengan "comedy" dan ia nampak tidak serious, mungkin itu yang pengarah film ini mahukan penampilan yang berbeza dengan filem-filem keluaran MIB yang terdahulu, iaitu lakonan "Tommy Lee Jones dan Will Smith".
Manakala filem MIB 2019 dilakonkan oleh "Liam Neeson, Chris Hemsworth, Emma Thompson dan Tessa Thompson" sebagai pelakon utama.
Penampilan Liam Neeson - yang cukup berpengalaman amat memberangsangkan dan tak dapat diperlekehkan kebolehannya, sama juga seperti pelakon Emma Thompson yang menjadi pelakon utama dalam filem "Nanny McPhee" pada sepuluh tahun yang lalu.
Filem ini dipertikaikan kehebatannya kerana, pelakon Chris Hemsworth dan Tessa Thompson, yang mana kedua duanya mempunyai kepopularitian masing masing, namun adakah mereka layak melakonkan adegan comedy sebagaimana dalam filem Men In black 2019?. Filem ini memang banyak diselitkan dialog lucu, manakala jalan ceritanya agak sama sahaja seperti MIB lakonan Tommy Lee Jones dan Will Smith keluaran terdahulu.
Walaubagaimana pun ia terpulang kepada peminat filem MIB dan anda harus menontoninya sendiri untuk meneliti sejauh mana keberkesanan filem ini, dari segi jalan cerita, action, adventure, sound system.

0 comments:
Film & Media Facebook Comment
Ajukan Komen Anda Di Sini - Sekiranya Mengguna Blogger/Google!!!