Tahun berganti musim berganti, begitulah fashion mengikut peredaran masa, kata manusia di zaman moden, harus mengikut suasana supaya ia tidak ketinggalan. Ada pula yang berkata harus seiring dengan masa, dulu lain dan sekarang lain.
Itu kata golongan masyarakat di sebelah Asia, ternyata ia adalah "Satu Kesilapan Besar" kerana fashion rambut bukan atau tidak harus mengikut peredaran masa.![]() |
| Gaya Rambut |
Ternyata golongan Asia masih lagi tergolong dalam fikiran primitif tentang rambut serta fashion. Anda pasti melihat segolongan anak muda yang mengukir fashion rambut yang pelbagai, sedar atau tidak anda telah melakukan kesilapan yang besar.
Tak salah anda mereka fashion rambut, akan tetapi biarlah ia sepadan dengan wajah atau bentuk kepala anda agar ia tidak nampak songsang. Anda tak perlu meniru gaya rambut "David Beckham" kerana wajah anda dari bentuk kepala dan raut wajah di dahi adalah tidak sama.
Jadi jangan tersalah memilih gaya rambut kerana ia membuat anda nampak hodoh, bayangkan anda mempunyai hidung sepet (tak mancung) dan gaya rambut seperti gambar di atas? dengan kepala berbentuk bulat? Memang tidak sesuai, akan tetapi itulah masyarakat Asia mempunyai fikiran kehadapan tentang penggayaan rambut tetapi lemah dalam fizikal tubuh badan, kerana fashion harus selari dengan bentuk badan anda, supaya ia tidak nampak "Bodoh" atau hodoh.

0 comments:
Film & Media Facebook Comment
Ajukan Komen Anda Di Sini - Sekiranya Mengguna Blogger/Google!!!