Sepasang suami isteri bermurung sejak kematian anak perempuannya dan pergi bercuti untuk mengeratkan lagi perhubungan yang retak setelah mereka asyik bertengkar kerana menyalahkan pasangan masingg-masing kerana tidak mengambil berat tentang anaknya.
| House Trailer |
| Dibunuh Oleh Suami "House" |
Ketika "Melissa" bermain ski tiba tiba ice yang beku telah retak dan mengelamkan ke dalam, Ibunya tidak perasan kerana ketika itu dia sedang menjawab panggilan telefon.
| Rumah Berhantu |
Dalam perjalanan mereka asyik bertengkar leher, sehingga beberapa kali kereta dipandunya seakan terbabas. Sehinggalah mereka memandu di jalan yang penuh hutan rimba dan ternampak sebuah kereta "BMW" tersadai dan nyalaan lampu tanpa tertutup. Mereka mendekati kereta tersebut tetapi tiada penumpang.
Hujan renyai renyai turun seakan menjadi lebat, manakala keretanya pula tak dapat dihidupkan enjin, lalu mereka merentas berjalan kaki dan terpandang sebuah "House" (Rumah Penginapan). Selepas mengetuk pintu beberapa kali, lalu mereka memasuki rumah tersebut kerana tiada siapa yang menjawab panggilan. Kemudian muncul sepasang suami isteri yang lain dalam rumah tersebut, juga mencari tuan rumah.
Ke-empat mereka merayau rayau dan mencari tiba tiba muncul seorang wanita yang mengaku sebagai tuan rumah dengan perwatakan yang cukup ganjil dan tidak mempunyai sifat sopan santun. Dipendekkan cerita kesemua dari mereka telah mengalami suatu kejadian yang aneh dan mengerikan, sehingga berlaku pembunuhan sesama sendiri untuk menyelamatkan diri masing masing.
Akhirnya sepasang suami isteri telah berjaya keluar dari rumah tersebut dan menuju ke tempat keretanya semula, disitu mereka melihat beberapa kumpulan polis dan forensik sedang menguruskan dua mayat, Hello!! katanya, tetapi pihak polis tidak menghiraukannya. Alangkah terkejutnya mereka setelah memandang satu lagi pasangan mayat, rupanya dirinya sendiri.
Untuk mengetahui jalan cerita selanjutnya anda boleh menonton Movie House"
0 comments:
Film & Media Facebook Comment
Ajukan Komen Anda Di Sini - Sekiranya Mengguna Blogger/Google!!!