“Sekian terima kasih dan harap netizen tidak bercakap (mengenai) isu ini lagi. Semoga kita semua di dalam rahmat-Nya. Amin,” kata Umie dengan ringkas sebagai perkongsian tentang isu berkenaan.
| Erra Fazira |
Perjumpaan kedua-dua artis popular dikatakan sebagai usaha untuk meleraikan perselisihan faham, agar tidak memanjangkan masalah persengketaan yang berlaku sebelum ini. Kedua-dua artis popular tersebut juga kini merancang untuk menutup ruangan komentar di laman sosial masing-masing.
“Maaf ya semua, ruang komen muat naik atau entri saya buat masa ini akan ditutup dahulu untuk mencari ruang bertenang bagi mengelakkan perbincangan yang mengundang perbalahan. Maaf ya sekali lagi, terima kasih,” kata Erra di laman Instagramnya.
Rumor perang dingin antara kedua artis/pelakon popular tersebut dipersoalkan apabila Umie memuat "statement" dan luahan hatinya mendakwa bahawa telah dikhianati oleh sahabat karibnya sendiri, pada bulan yang terdahulu. Umie Aida bagaimanapun telah menghapuskan perkongsian berkenaan dilaman socialnya. Meskipun Ia tidak menyebut siapakah gerangan individu dimaksudkanya, namun pelbagai pihak serta peminat telah membuat tanggapan bahawa ayat tersebut ditujukan kepada pelakon dan penyanyi popular Erra, kedua mereka tidak lagi berpaut di laman sosial.
Susulan spekulasi mengaitkan dirinya berselisih faham dengan Umie, Erra Fazira tampil memohon maaf secara terbuka menerusi laman sosialnya, dan sekali gus Ia berharap isu antarakedua mereka dapat diselesai secepat yang mungkin.
Hello. Do you want to visit Full Article Filmadia? ?
Share in Whatsapp/Available for Smart Phone Only
Gossip Celebrity
Erra Fazira Instalgram