![]() |
| Photo By Soynaii - Munich/Germany |
Manakala Leicester Square juga amat menarik, dimana dikala petang ketika angin bertiup lembut anda akan melihat burung burung camar terbang di atas kepala mencari makan.
Filmadia akan membawa anda ke Licadilly Circus, iaitu salah satu tempat yang menarik untuk bersiar samada sebelah malam atau petang.
waktu senja di sini amat unik, sudah menjadi adat masyarakat tempatan tidak membawa kenderaan, mereka cuma menggunakan "Subway" atau berjalan kaki sahaja. jadi anda tidak akan terdengar bunyi bising kenderaan, cuma kedengaran muzik di cafe serta alunan muzik jalanan yang cukup indah mengisi petang anda.
![]() |
| Special Photo by Reids England |
Lepak di Picadilly Circus, sambil menghirup secawan kopi yag beraroma dan sambil memegang rokok dijari bagi mereka yang suka merokok sebagai social mengisi waktu yang tenang cukup membuat anda menghilangkan "stress" serta terasa aman ketika berada di sini, sambil melihat orang ramai lalulintas dan singgah di cafe atau shop, dengan pelbagai fashion pakaian yang menarik dan juga pelbagai kaum. jangan bimbang masyarakat d sini tidak akan meragut barangan pribadi anda di tempat yang terbuka.
Nescaya apabila anda berada di Picadilly Circus, seolah olah anda ingin tidur cuma di sebelah jalan agar dapat melihat suasana di jalan ini dan tidak mahu pulang ke kamar jika berada jauh. Pada siang hari iaitu waktu makan petang sehingga matahari terbenam anda akan dihiasi dengan pemuzik jalanan dengan memakai bermacam pakaian yang indah dipandang.
Tiada sampah sarap di sini, cuma sesekali anda dapat lihat putung rokok di tanah, dan tak jadi masalah jika duduk, kerana tiada sebarang benda kotor ludahan manusia.
Sudah menjadi adat masyarakat di sini, kereta akan berhenti jika anda ingin melintas jalan, pendek kata tiada yang membosankan serta menyakit anda, tetapi segala yang anda lakukan activiti di sini pasti ia mencipta satu sejarah yang indah dalam sanubari anda.
Share in Whatsapp/Available for Smart Phone Only
Birmingham City Libur Bersama Filmadia
