Wanita Dan Kecantikan Serta Solekan Belum Tentu Cantik


Ramai wanita inginkan nampak jelita dan menawan, serta tak lokek berbelanja untuk membeli peralatan solek, semata mata inginkan nampak cantik.


"Nampak Cantik" bukanlah satu yang betul, kerana ia hanyalah (nampak cantik). Kecantikan bagi wanita memang tak dinafikan, hampir 80% wanita sememangnya mengindamkanya.

Filmadia
Photo By: Serge Geurand, Tanpa Solekan


Akan tetapi itulah hakikat yang membuatkan seseorang individu itu terlupa apa erti kecantikan sebenar bagi kaum hawa.

Penggunaan alat solek bukanlah asas utama untuk kelihatan cantik, kerana alat solek telah membutakan mata, menutup kecantikan sebenar setiap wanita, ia cuma nampak cantik pada sebelah siang dan malamnya kecantikan itu telah pudar dan hilang entah kemana.

Untuk kelihatan cantik, wanita harus menjaga waktu tertentu untuk bersolek, kerana kulit muka anda sebenarnya perlukan udara untuk bernafas serta mengambil oksida, jika solekan terlalu tebal maka muka anda dipenuhi alat solek serta bahan kimia. Apabila dikopek atau sapu maka kulit muka yang sebenar timbul kepucatan, secara tak lansung anda sebenarnya telah menipu diri, bahawa anda tak cantik pun.

Solekan untuk mencantikkan wajah bukan menyapu warna dimuka atau bercelak menambah anak mata, kerana itu hanya bersifat sementara. Tetapi kaum wanita harus menggunakan "cream" "transparent" atau krim yang tak menutup warna kulit muka. Krim tersebut iaitu yang bertujuan menghapuskan kedut kedut, menghilangkan lubang jerawat, mengurangkan "pigmentation" kulit muka dan menghapuskan apabila digunakan secara kerap.

Filmadia
Krim Menghilangkan Kulit Kusam Dan Memutihkan Serta Melicinkan Wajah - DiorSnow
.

Pemilihan mencari krim kecantikan haruslah yang bersesuaian dengan kulit, supaya ia dapat meresap dengan cepat serta tidak menghanguskan kulit wajah anda apabila dipakai pada siang hari.
Krim kecantikan bukanlah peralatan solek! Bersolek ialah anda menampal semata mata untuk menutup wajah sebenarnya dan melahirkan yang palsu. Krim ialah satu alat atau bahan yang mempunyai kandungan tertentu untuk merawat wajah!
Contoh penggunaan alat solek ialah anda menyapu, menempel dibawah mata untuk menutup kesan lebam atau hitam, tetapi bila anda mandi, solekan dibuang, anda nampak lagi wajah original kan?

Krim ialah satu bahan yang natural khas untuk merawat kulit wajah, seperti menghapus kesan jerawat, hapus bintik bintik hitam, hapus kulit kusam.

Kesimpulannya untuk kelihatan cantik, bukanlah bersolek tetapi merawat kulit anda ialah yang terbaik untuk kelihatan cantik, anggun dan menawan, apabila ditempel sedikit alat solek yang bersifat "transparent".


Instyle  
Share in Whatsapp/Available for Smart Phone Only


Great News
Categories:

Film & Media

Similar Movies

Film & Media