Kesal sudah terlambat - Johor Bahru: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mengekalkan hukuman 18 tahun penjara dan enam sebatan terhadap seorang bapa enam anak yang didapati bersalah merogol anak bongsunya yang berusia lapan tahun.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas menolak rayuan tertuduh yang juga seorang pemotong rumput berusia 58 tahun terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Sesyen, tahun lalu.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh yang diwakili peguam G K Sritharan dan P Rajagunaseelan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata, Mahkamah Sesyen secara betulnya apabila di akhir kes pembelaan memutuskan perayu bersalah dan disabitkan atas pertuduhan merogol anak kandungnya.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya yang berusia lapan tahun di Kangkar Pulai antara 4 hingga 7 Mei 2020.
Petikan "Metro" Sana Sini ?
Share in Whatsapp/Available for Smart Phone Only
Hollywood Movie
Film & Media
Great News

0 comments:
Film & Media Facebook Comment
Ajukan Komen Anda Di Sini - Sekiranya Mengguna Blogger/Google!!!