Riyadh Oasis Winter Vacation

Riyadh: Golongan kaya di Arab Saudi kini bertumpu di lokasi pelancongan mewah terbaru yang dibangunkan di padang pasir selepas 'terkurung' selama setahun akibat pandemik Covid-19.

Riyash Oasis - Pelancongan 5 Bintang Musim Winter


Lokasi pelancongan dikenali sebagai Riyadh Oasis itu dilengkapi kolam renang, restoran dan khemah bertujuan untuk menarik rakyat negara itu yang selama ini gemar melancong ke luar negara.

Diuar-uarkan sebagai 'destinasi percutian musim sejuk lima bintang', ia menandakan usaha kerajaan itu untuk meningkatkan aliran tunai dalam negara selepas rakyatnya, sejak berpuluh tahun lebih gemar menghabiskan berbilion dolar di luar negara.



"Air, pokok palma, pasir," kata seorang pemandu Saudi, yang membawa pelancong tiba di tempat percutian di pinggir Riyadh itu, dengan pelbagai kereta mewah seperti Bentley dan Maserati.

"Oasis ini mempunyai segalanya." katanya.

Dibuka pada pertengahan Januari lalu, tarikan oasis itu menimbulkan kemarahan kepada golongan kurang berkemampuan kerana harga tiket yang mahal.

Share in Whatsapp/Available for Smart Phone Only
Hollywood Movie
Film & Media
Great News

Categories:

Film & Media

Similar Movies

Film & Media

0 comments:

Film & Media Facebook Comment

Ajukan Komen Anda Di Sini - Sekiranya Mengguna Blogger/Google!!!