Ada Planet lain Dlam Perut Bumi - Boleh Percaya Ka?

Saintis, Amerika berkata ada "Planet" lain dalam bumi sejak 4million tahun yang lalu, mana dia dapat cerita? Kalau terjumpa serpihan sekali pun, bagaimana dia boleh mentafsirkan? Hebat sangat ka "Saintis" nampaknya telah mengatasi Agama.

Planet


LOS ANGELES, California – Saintis-saintis di Amerika Syarikat percaya serpihan planet asing dinamakan Theia terkubur di dalam perut Bumi selepas dua planet tersebut berlanggar 4.5 bilion tahun lalu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Sebilangan saintis berpendapat impak sama di angkasa lepas telah membentuk Bulan. Bagaimanapun, mereka kini mengkaji serpihan akibat pelanggaran itu yang dipercayai tertanam di dalam kerak Bumi.

Pakar geologi Universiti Negeri Arizona, Qian Yuan berpendapat, tompok-tompok padat di dalam perut Bumi yang dianggap misteri merupakan serpihan Planet Theia yang masih terpasak kukuh di dalam bumi.

“Mantel planet Theia mungkin beberapa peratus lebih padat daripada mantel Bumi.

“Keadaan itu mengakibatkan ia tenggelam ke lapisan paling bawah Bumi dan terkumpul di dalam timbunan termokimia,” katanya pada Persidangan Sains Planet dan Bulan yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Mantel merujuk kepada lapisan di antara kerak dan teras luaran Bumi

Timbunan termokimia itu boleh menyebabkan seismik iaitu aktiviti batuan bawah tanah yang menyebabkan kejadian seperti gempa dan letusan gunung berapi di kawasan tompokan tersebut.

Saintis-saintis juga mengenal pasti kawasan spesifik di dalam di mana serpihan Theia tersimpan.

Teori pertembungan Planet Theia dan Bumi dikenali sebagai hipotesis impak gergasi.
Petikan Dari Kosmo

 

Share in Whatsapp/Available for Smart Phone Only
Hollywood Movie
Film & Media
Great News

Categories:

Film & Media

Similar Movies

Film & Media

0 comments:

Film & Media Facebook Comment

Ajukan Komen Anda Di Sini - Sekiranya Mengguna Blogger/Google!!!