Filem Ali Setan

Menerusi filem Ali Setan, Ogy dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 1986. Pemegang watak utama dalam filem lagenda ‘Ali Setan’, Fauziah Datuk Ahmad Daud berkongsi cerita bahawa dirinya hampir tidak membawa peranan Asmidar kerana filem Azura.

Filem Ali Setan
Ali Setan


Fauziah yang lebih senang dengan panggilan Ogy, 53 berkata ketika ditawarkan berlakon dalam filem Ali Setan, dirinya sedang sibuk dengan proses rakaman suara filem Azura.

Kata Ogy, perkara ini turut menjadi isu besar sehingga dirinya dituduh besar kepala ketika itu. “Bila tawaran filem Ali Setan datang saya masih terikat dengan kontrak filem Azura, jadi saya terpaksa tolak peranan Asmidar ketika itu.

Kemudian setelah empat hari Ali Setan menjalani pengambaran di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, pengarahnya, Tan Sri Jins Shamsudin telah menghubungi Ogy agar segera datang ke USM berlakon sebagai Asmidar. “Saya terkejut bila dapat panggilan peribadi dari ayahanda (Jins) masa itu kerana mahu saya datang ke USM segera untuk melakonkan watak Asmidar.

“Katanya, tiada orang lain yang boleh pegang watak Asmidar. Jadi saya pun datang ke Pulau Pinang dengan dengan syarat, saya tak mahu ada masam-masam muka di set kerana isu filem Azura itu,” kata Ogy yang berusia 23 tahun ketika memegang watak Asmidar.

Bercerita lanjut mengenai filem itu, apa yang tidak boleh dilupakan adalah ketika melakonkan adegan ‘katak’. “Itu yang tak dapat saya lupakan (ketawa). Selepas baca skrip, saya beritahu ayahanda yang saya geli dengan katak. “Ayahanda kata dia akan gantikan dengan katak plastik. Tapi rupanya, dia tetap guna katak ‘hidup’. Apalagi saya terus lari tunggang langgang dan pengambaran tetap diteruskan. Apa yang anda tengok di dalam filem itu adalah larian sebenar bukannya lakonan ya,” jelas Ogy.


Categories:

Film & Media

Similar Movies

Film & Media

0 comments:

Film & Media Facebook Comment

Ajukan Komen Anda Di Sini - Sekiranya Mengguna Blogger/Google!!!